Friday 10 October 2014

Belum Berhasil

Salam... dah lama tak update blog ni... tak ada masa dan tak ada cerita nak dikongsi.... hem...sekarang nak cerita pasal serama ni... maklumlah orang baru... banyak yg tak tahu pasal serama...bela serama tak sama macam bela ayam kampung... agak cerewet sikit...  susah juga nak bela serama ni ye... dah dekat setahun dah bela... tapi belum ada hasil lagi... macam-macam masalah dihadapi... mula-mula ayam tak nak mengeram... lepas tu bila dah mengeram tak menetas pula...dan sekarang tak nak bertelur pula...pernah juga sekali dapat sekor anak.. tak sempat besar mati pula  (ini kes salah sendiri sebab terpijak maklumlah kecik.. hihi).. terpaksalah minta tips dgn otai macam mana nak bela serama biar jadi... kena sabar sikit.... sekarang ada 2 pasang utk dijadikan baka.. ayam tak lah cantik sangat... bolehlah untuk kepuasan sendiri...harap-harap menjadilah lepas ni......insyaallah...

Wednesday 4 June 2014

Menetas

Minggu lepas, ibu uban (rubina) telah berjaya menetaskan telurnya.. hanya dapat seekor saja.. yang satu lagi dah mati dlm telur.. tak sempat nak keluar.. kebetulan masa tu tiada di rumah sebab berada di Johor bercuti, bawa anak jalan-jalan sempena cuti sekolah..sampai saja di rumah.. tengok dah menetas.. cek telur yang selebihnya ( 4 biji).. rupanya ada satu yang tak sempat keluar.. sayang kalau ada dirumah masa tu..mungkin dpt tolong keluarkan..tapi tetap syukur kerana dpt juga seekor.

Saturday 25 January 2014

DAH MENGERAM


Akhirnya mengeram juga rubina... ini kali ke4 dia bertelur..sebelum ni macam tak nak mengeram je..hampir putus asa juga... dah banyak kali telurnya terbuang begitu saja.. sampai nak cari induk lain.. nasib baik dia mengeram juga.. hari ni dah masuk hari ke3 dia mengeram... dijangka akan menetas pada 14hb. Feb 2014...telurnya ada 8 biji.. tapi tak tahu boleh menetas semua.. kalau menetas 4 biji pun ok juga.

Tuesday 14 January 2014

Anak Raja Ara + Sami

Sabtu 11/01/2013, sempat berkunjung ke rumah Bro Tan di Bukit Puchong untuk melihat serama beliau. Agak lama juga dirumah beliau.Serama beliau banyak yang bersaiz A dan ada juga yang berzaiz AAA. Cadangnya nak cari induk untuk dipadankan dengan bapak rubin yang ada dirumah, tapi macam tak sesuai pula. Bro tan ada tunjuk sepasang anak yang berumur dalam sebulan tapi jantina belum tahu lagi. Setelah berfikir panjang aku beli sepasang anak tu, harap-harap jantan dan betina, boleh buat baka.

Sunday 8 December 2013

Serama Pertama

Inilah serama yang aku beli untuk dijadikan baka. Aku beri nama rubin (rinting kubing) dan rubina (tok uban).

Tuesday 3 December 2013

SALAM

Salam Perkenalan kepada semua peminat ayam serama di Malaysia. Saya orang baru dalam dunia serama di Malaysia dan diharap dengan wujudnya blog ini akan dapat memeriahkan dunia serama di Malaysia. Sambil itu diharap dapat saling berkongsi pengalamanan bersama peminat-peminat serama.